Monday, 20 November 2017

Kampung Losong

Keropok Lekor Kampung Losong (1)
Keropok Lekor Kampung Losong (2)
Kerepok Lekor Kampung Losong (3)
Terletak hanya 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu adalah Kampung Losong. Kampung Losong ini terkenal sebagai lokasi pilihan ramai untuk membeli makanan tradisional Terengganu yang tak lain tak bukan keropok lekor. Di sini memang banyak sekali pilihan gerai keropok lekor yang semuanya memang sedap-sedap belaka.  Kawasan ini turut diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu. Begitu ramai orang yang membeli keropok lekor di sini sehingga dianggarkan sekitar 500 kg keropok lekor yang berjaya dijual dalam sehari apabila tiba musim cuti sekolah. Kawasan jualan keropok lekor ini juga terletak tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam.



Sunday, 19 November 2017

River Cruise Taman Tamadun Islam

River Cruise TTI (1)
River Cruise TTI (2)

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Tamadun Islam adalah menyusuri sungai di Pulau Wan Man. Dengan menaiki bot, anda dapat menikmati pemandangan indah termasuk Masjid Kristal dan Taj Mahal dari sudut yang indah sekali. Masa yang diambil dalam perjalanan menaiki bot cruising ini adalah sekitar 45 minit. Antara destinasi yang dilalui oleh bot dari TTI ini adalah Muzium Negeri, Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Warisan dan banyak lagi. Kadar bayaran pula bagi golongan dewasa ialah RM20, kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun pula sebanyak RM15. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun tidak dikenakan bayaran.

Saturday, 18 November 2017

Kampung Bukit Tok Beng

Kampung Bukit Tok Beng (1)
Kampung Bukit Tok Beng (2)
Terletak hanya 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu adalah Kampung Losong. Kampung Losong ini terkenal sebagai lokasi pilihan ramai untuk membeli makanan tradisional Terengganu yang tak lain tak bukan keropok lekor. Di sini memang banyak sekali pilihan gerai keropok lekor yang semuanya memang sedap-sedap belaka.  Kawasan ini turut diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu. Begitu ramai orang yang membeli keropok lekor di sini sehingga dianggarkan sekitar 500 kg keropok lekor yang berjaya dijual dalam sehari apabila tiba musim cuti sekolah. Kawasan jualan keropok lekor ini juga terletak tidak jauh dari Muzium Negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam.


Friday, 17 November 2017

Bazar Warisan

Bazar Warisan (1)
Bazar Warisan (2)
Berdekatan dengan Pasar Payang di Jalan Sultan Zainal Abidin ini adalah sebuah bangunan yang memiliki reka bentuk tradisional Terengganu. Bazar Warisan mengumpulkan banyak kraftangan dan seni tradisional Terengganu seperti tembaga, songket, batik dan sutera. Anda juga dapat menikmati pemandangan indah muara Sungai Terengganu dari tingkat 3 bangunan ini.


Thursday, 16 November 2017

Pasar Besar Kedai Payang

Pasar Besar Kedai Payang (1)
Pasar Besar Kedai Payang (2)

Sebuah pasar yang setaraf pasar seni kalau di Kuala Lumpur ini amat terkenal dalam kalangan pelancong. Kalau anda nak membawa pulang buah tangan hasil Terengganu datanglah ke Pasar Besar Kedai Payang. Terdapat bermacam produk yang dijual di sini seperti sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan  hasil laut Terengganu seperti keropok, rempah nasi dagang ikan masin dan banyak lagi.

Wednesday, 15 November 2017

Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Taman Awam Lagun Kuala Ibai (1)
Taman Awam Lagun Kuala Ibai (2)
Masjid Terapung (1)
Di sinilah terletaknya Masjid Tengku Tengah Zaharah ataupun Masjid Terapung. Taman ini terletak di teluk Sungai Ibai yang memiliki banyak aliran sungai yang menjadi tarikan bagi kaki pancing. Untuk bermandi-manda juga ini merupakan lokasi yang agak selamat, apa lagi yang difikirkan, bawalah anak-anak anda ke sini. Apa yang menariknya lagi, ada gerai-gerai yang menjual sate ikan, keropok dan lain-lain yang boleh anda nikmati sambil berseronok bersama keluarga di taman ini.



Tuesday, 14 November 2017

Pantai Batu Burok

Pantai Batu Burok (1)
Pantai Batu Burok (2)
Terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pantai ini sangat terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak tempat makan bukan sahaja restoran-restoran makanan segera, malahan masakan enak hasil laut Terengganu juga banyak. Kalau anda teringin nak makan ikan celup tepung, keropok, sate ikan dan bermacam lagi, datanglah ke Pantai Batu Buruk. Apa yang menariknya, anda boleh menaiki kereta kuda yang dihias cantik mengalahkan kereta kuda Cinderella.


My First HTML post Today, I'm learning how to do HTML. I'm also sad because today is the last for this subject. I'm done...