Saturday, 14 October 2017

Pantai Pandak

Pantai Pandak (1)
Pantai Pandak (2)
Pantai Pandak (3)
Pantai ini terletak dalam kawasan perkampungan di jalan utama Marang-Terengganu. Nama lain bagi pantai ini adalah Pantai Chendering. Kalau anda suka bergambar juga ini merupakan lokasi yang tepat sebab permukaannya yang berbatu membuatkan gambar kelihatan menarik. Cuma anda perlu berhati-hati kerana pantai ini memiliki pusaran air yang agak kuat, oleh itu, agak tidak sesuai untuk anda bermandi-manda. Kalau dah puas bergambar di sini, singgahlah pula ke warung celup tepung yang terdapat di pantai ini.



Friday, 13 October 2017

Masjid Abidin

Masjid Abidin (1)
Masjid Abidin (2)
Masjid Abidin yang juga digelar sebagai Masjid Besar atau Masjid Putih ini merupakan masjid yang tertua di Terengganu yang mula dibina pada tahun 1793 oleh Sultan Zainal Abidin II. Bangunan yang asalnya daripada kayu ini telah diubah kepada bangunan batu pada tahun 1852 dan banyak lagi penambahbaikan yang telah dilaksanakan sehingga ia menjadi sebuah masjid yang besar. Berhampiran masjid ini terdapat Makam DiRaja yang lama.

Wednesday, 11 October 2017

Bukit Panorama

Bukit Panorama (1)
Bukit Panorama (2)
Seperti namanya, dari puncak bukit ini anda dapat menikmati keindahan panorama sekitar Terengganu sambil menikmati masakan enak di kafe yang terkenal dengan masakan panas dan baratnya. Bukit Panorama adalah sebuah lokasi fotografi yang menarik bagi mereka yang mempunyai hobi dalam seni fotografi.




Beca di Pasar Payang

Beca di Pasar Payang (1)
Beca di Pasar Payang (2)
Sekiranya anda berjalan di sekitar Pasar Besar Payang anda dapat melihat pak cik-pak cik beca mengayuh basikal beroda tiga ini. Untuk sempurnakan pengalaman anda sewaktu berada di Terengganu, carilah mana-mana pak cik beca untuk membawa anda berpusing-pusing sekitar Terengganu. Beca di Pasar Payang ini juga menjadi salah satu tarikan buat pelancong yang datang ke Terengganu.


Tuesday, 10 October 2017

Waterfront Kuala Terengganu

Waterfront Kuala Terengganu (1)

Waterfront Kuala Terengganu (2)
Waterfront Kuala Terengganu (3)

 Terletak berdekatan Hotel Felda Residence ini adalah tempat bersantai, Waterfront Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai pilihan kafe dan restoran untuk anda menjamu selera bersama keluarga sambil mencuci mata menikmati pemandangan sungai Terengganu. Kalau anda nak tahu, Waterfront ni juga terletak berdekatan dengan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di mana nelayan memasarkan hasil-hasil tangkapan laut mereka.  Bolehlah singgah kalau anda teringin nak makan ikan-ikan yang segar.


Monday, 9 October 2017

Medan Selera Pantai Batu Burok

Medan Selera Pantai Batu Burok (1)
Medan Selera Pantai Batu Burok (1)
Antara pilihan makanan di sini ialah sup daging, nasi ayam, nasi minyak dan banyak lagi. Terdapat lebih 20 gerai di sini. Apabila anda menikmati makanan disini sudah pasti akan terbuai dek tiupan angin pantai yang tenang.

Uptown Kontena

Uptown Kontena (1)
Uptown Kontena (2)
Kontena Uptown ataupun digelar Dapo Pata Uptown sememangnya tempat makan yang popular di Terengganu. Di sini, terdapat banyak kafe yang dibuat daripada kontena, rekaan dalamannya juga agak kreatif dan berkonsepkan hipster. Rekaan gerai-gerai di sini memang up-to-date sebab kewujudan Kontena Uptown ini agak baru sebenarnya. Memang syoklah kan dapat makan sambil merasakan tiupan angin Laut China Selatan di tepi pantai.

Sunday, 8 October 2017

Pulau Warisan

Pulau Warisan (1)

Pulau Warisan (2)

Pulau Warisan ini kelihatan seperti I-City di Shah Alam dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, begitu hidup sekali suasana malam di tempat ini. Tak sah kiranya kawasan yang menjadi perhatian ramai tidak ada kedai makan bukan, di sini terdapat banyak kafe untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan Sungai Terengganu. Jika anda datang pada waktu yang tepat, dapatlah anda menyaksikan pertandingan lumba perahu layar yang sering diadakan di sini.

Bukit Puteri

Bukit Puteri (1)
Bukit Puteri (2)
Bukit Puteri (3)
Suatu ketika dahulu, bukit ini dijadikan kubu pertahanan kerana dari sini, pejuang dapat melihat pihak lawan yang datang dari arah bertentangan dengan jelas. Sebagai lokasi bersejarah, anda dapat melihat beberapa peninggalan zaman dahulu seperti meriam, rumah genta dan loceng antik di sini. Lagi satu, anda tidak perlu risau sekiranya perlu mendaki bukit ini kerana terdapat eskalator yang disediakan untuk kemudahan anda.

Saturday, 7 October 2017

Kota Duyong Lama

Kota Duyong Lama (1)
Kota Duyong Lama (2)
Terletak di perkampungan nelayan di Pulau Duyong yang hanya 7 km dari bandar Terengganu, binaan rumah warisan Terengganu ini sangat istimewa, manakan tidak, ianya dibina menggunakan campuran putih telur, pasir, madu, tanah liat dan batu kelikir sahaja, tanpa sebarang simen. Reka bentuk rumah ini memiliki ciri-ciri Istana Kecil Raja Melayu serta pengaruh Mesir.

Friday, 6 October 2017

Pantai Tok Jembal

Pantai Tok Jembal (1)
Pantai Tok Jembal (2)
Pantai Tok Jembal sangat sesuai untuk lokasi percutian anda bersama keluarga. Di Pantai Tok Jembal, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mandi-manda, naik kuda, berkelah dan lain-lain. Di sekitar Pantai Tok Jembal ini pula terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.

China Town

China Town (1)
China Town (2)
China Town atau lebih dikenali sebagai Kampung Cina oleh masyarakat Terengganu sememangnya sinonim sebagai lokasi fotografi. Kedai-kedai di China Town ini memiliki aura tersendiri. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian di setiap lorong di celah deretan kedai. Antara nama-nama lorong yang menarik untuk cadangan anda mengambil gambar ialah Lorong Warisan Dunia, Lorong Penyu dan Lorong Kenangan.

Thursday, 5 October 2017

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang (1)
Pantai Teluk Ketapang (2)

Pantai Teluk Ketapang ini terletak di utara Sungai Terengganu. Pantai ini diberi nama Pantai Teluk Ketapang kerana ianya dikelilingi oleh pokok Ketapang. Di sekitar pantai ini, terdapat banyak gerai-gerai kecil untuk anda membeli makanan. Antara gerai-gerai yang popular di sini ialah Keropok Lekor Bukit Tok Beng dan Warung Air Buah Gelas Besar Pior.

Wednesday, 4 October 2017

Kampung Rhu 10, Setiu

Kampung Rhu 10, Setiu ini sememangnya terkenal sebagai tempat untuk menikmati Ikan Celup Tepung. Di sepanjang jalan pantai, pengunjung boleh melihat banyak gerai yang menjual hidangan ikan celup tepung. Selain ikan, gerai-gerai disini turut menyajikan hasil laut yang lain seperti udang, sotong dan ketam.

Kampung Rhu 10, Setiu (1)
Kampung Rhu 10, Setiu (2)

Kampung Rhu 10, Setiu (3)

Tuesday, 3 October 2017

Nasi Dagang Atas Tol(Tepi Kubur)

Suasana di pagi hari di Kedai Nasi Dagang Atas Tol

Nasi Dagang Atas Tol
Kedai Nasi Dagang Atas Tol(Tepi Kubur) ini merupakan salah satu tempat makan yang wajib singgah untuk mereka yang bakal berkunjung ke negeri Terengganu Darul Iman. Untuk mereka yang ingin merasai keaslian rasa Nasi Dagang Terengganu bolehlah berkunjung ke Kedai Nasi Dagang Atas Tol(Tepi Kubur) ini.

Monday, 2 October 2017

Santuari Kelah Sungai Petang

Santuari Kelah Sungai Petang (1)
Santuari Kelah Sungai Petang (2)
Santuari Kelah Sungai Petang (3)
Santuari Kelah Sungai Petang ini terletak di Tasik Kenyir, Terengganu. Kepada anda yang bercuti di Tasik Kenyir jangan lupa untuk datang ke Santuari Kelah Sungai Petang. Di sini anda boleh merasai pengalaman memberi ikan makan sambil dikerumuni ikan kelah.

Sunday, 1 October 2017

Dataran Shahbandar

Dataran Shahbandar (1)

Dataran Shahbandar (2)

Dataran Shahbandar merupakan satu tempat yang menarik untuk menjamu selera ditambah pula dengan tiupan angin malam dari muara Sungai Terengganu. Gerai-gerai disini mula dibuka pada pukul 6 petang hingga ke tengah malam. Jika pada bulan Ramadan, dataran ini menjadi lokasi untuk bazar Ramadan. Ianya juga menjadi salah sebuah lokasi untuk penduduk setempat berbuka puasa secara santai.

My First HTML post Today, I'm learning how to do HTML. I'm also sad because today is the last for this subject. I'm done...