Saturday, 30 September 2017

Taman Tamadun Islam

Masjid Kristal (1)
Masjid Kristal (2)

Taman Tamadun Islam ini merupakan taman tema yang  bercirikan islam pertama di dunia. Dibina dalam kawasan seluas 10 hektar. Terdapat 22 replika monumen dengan seni bina islam dar 21 negara seperti Masjid Nabawi, Arab Saudi, Kubah As Sakhra, Palestin, Tugu Kompleks Suleyman, Turki, Menara Kalyan, Uzbekistan, Masjidil Haram dan banyak lagi. Taman tema islam ini berkonsepkan Endutainment Park, oleh itu ianya secara tidak langsung memberikan pengetahuan kepada pengunjung mengenai sejarah pembinaan monumen-monumen ini melalui tayangan video, gambar dan kuiz interaktif. Tentang bayaran pula, bagi golongan dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM21.20 manakala bagi kanak-kanak dan warga emas pula dikenakan kadar bayaran yang sama iaitu sebanyak RM15.90. Pihak taman tema ini turut menyediakan trem dan sewaan basikal serta serta buggy.


Replika Taj Mahal (1)
Replika Taj Mahal (2)



Friday, 29 September 2017

Muzium Negeri Terengganu

Muzium ini terletak di atas tanah seluas 27 hektar. Lokasinya terletak di Bukit Losong. Di muzium ini tersimpannya batu bersurat pertama yang pertama dijumpai di Terengganu. Terdapat 4 muzium di sini iaitu Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional, taman botani dan herba serta galeri-galeri yang mempamerkan sejarah, alat kebesaran diraja, seni islam, senjata lama dan tekstil. Muzium ini telah menjadi kompleks menyimpan artifak dan hasil seni warisan sejak berkurun berlamanya.
Muzium Negeri Terengganu (1)

Muzium Negeri Terengganu (2)

Wednesday, 27 September 2017

Terrapuri Heritage Village

Pembinaan vila ini diilhamkan daripada reka bentuk istana Terengganu sekitar abad ke-17. Sesiapa sahaja yang datang melihat tempat ini sudah pasti terpukau dengan reka bentuknya. Vila dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya, dibina dalam kawasan seluas 4 hektar. Apa yang menariknya, vila ini didirikan tanpa menggunakan paku.

Terrapuri Heritage Village (1)

Terrapuri Heritage Village (2)


Terrapuri Heritage Village (3)

My First HTML post Today, I'm learning how to do HTML. I'm also sad because today is the last for this subject. I'm done...