 |
River Cruise TTI (1) |
 |
River Cruise TTI (2) |
Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Tamadun Islam adalah menyusuri sungai di Pulau Wan Man. Dengan menaiki bot, anda dapat menikmati pemandangan indah termasuk Masjid Kristal dan Taj Mahal dari sudut yang indah sekali. Masa yang diambil dalam perjalanan menaiki bot cruising ini adalah sekitar 45 minit. Antara destinasi yang dilalui oleh bot dari TTI ini adalah Muzium Negeri, Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Warisan dan banyak lagi. Kadar bayaran pula bagi golongan dewasa ialah RM20, kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun pula sebanyak RM15. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun tidak dikenakan bayaran.